Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pada 28 November lalu, seorang pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya (UM) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 390.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Ariff Irfan Jamaluddin, yang menunggang motosikal dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.
Susulan kejadian tersebut, bapa mangsa, Jamaluddin, memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan atau mempunyai rakaman video insiden berkenaan agar dapat menghubunginya.
“Saya meminta bantuan kepada sesiapa yang melihat kemalangan tersebut supaya dapat berkongsi video kejadian kepada saya. Saya cuma ingin tahu bagaimana ia berlaku.
“Boleh hubungi saya di talian 017-6119402,” katanya.
Baca juga:
- ‘Bukan sebab dengki’ – MP Kota Melaka jawab kenyataan Bos Mydin
- DBKL turunkan caj tapak bazar Ramadan 2026 kepada RM400
- Ambil kira keresahan masyarakat setempat, batalkan projek ternakan babi Bukit Tagar – PM
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, kes kemalangan tersebut masih belum disebut di mahkamah. Pemandu lori dan wakil syarikat yang terlibat dalam insiden itu juga belum tampil berjumpa keluarga mangsa.








