Pelajar perempuan berusia 13 tahun dirogol & dibunuh selepas tolak lamaran cinta pelajar senior - The Reporter

Pelajar perempuan berusia 13 tahun dirogol & dibunuh selepas tolak lamaran cinta pelajar senior

Sumber gambar: Tribun MEdan

Kehilangan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun akhirnya terjawab selepas penduduk berjaya menemui mayat mangsa di dalam semak. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan kepalanya berlumuran darah dan disyaki telah dirogol sebelum dibunuh.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pekanbaru, Daerah Bengkalis, Riau, Indonesia dan mayat mangsa, Lestari Sihombing, ditemui pada jam 9.20 malam, Sabtu, 2 September 2023.

Ketua Polis Bengkalis, Setyo Bimo Anggoro mengesahkan penemuan mayat mangsa yang masih memakai pakaian sukan sekolah dan tas tangan berwarna hitam biru.

Turut ditemui berdekatan dengan mangsa adalah sebatang kayu yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Ibu tertunggu-tunggu anaknya pulang dari sekolah

Kehilangan mangsa mula heboh apabila ibu mangsa, Nurmaya BR Sitimeang bertanya kepada pihak sekolah emngenai keberadaan anaknya yang sudah seharian tidak pulang ke rumah.

Atas inisiatif bersama, para penduduk kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa di jalan-jalan yang selalu digunakannya ketika pulang dari sekolah.

Pencarian di kawasan semak berhampiran akhirnya berjaya menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa dengan kepalanya turut mengalami pendarahan. Penduduk segera memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Mangsa dirogol tiga pelajar senior

Siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan seorang suspek berusia 14 tahun yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Suspek mengaku membunuh mangsa kerana tidak berpuas hati perasaan cintanya terhadap mangsa hanyalah bertepuk sebelah tangan.

Pada masa kejadian, mangsa yang pulang bersendirian selepas selesai menghadiri kelas petang, didatangi suspek dan dua lagi rakannya yang sudah lama memerhatikan gerak-geri mangsa.

Mangsa kemudian dirogol di kawasan semakan sebelum dipukul di bahagian kepala dan lehernya sehingga tidak bernyawa.

Suspek kini direman untuk tindakan lanjut, manakala dua lagi rakan suspek sedang giat diburu polis.

Sumber: Tribun News

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!