Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel di Tanjong Bungah | The Reporter

Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel di Tanjong Bungah

Sumber: FMT

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita yang merupakan pelajar sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21 di sebuah hotel di Tanjung Bungah, semalam.

Mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemukan oleh orang awam sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis.

Dilaporkan, mangsa telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama rakan lelakinya sebelum kejadian berlaku.

Bagaimanapun, lelaki yang juga berusia 24 tahun ini hanya menyedari insiden berkenaan selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah dan turun ke tempat kejadian bagi mendapatkan kepastian.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, hasil siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes itu.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan bedah siasat ke atas mangsa dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,”katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts