Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelajar berusia 22 tahun dan pasangannya berusia 20 tahun ditahan kerana bersedudukan oleh sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sebuah pangsapuri dekat Meru Raya.
Ketika serbuan dijalankan, pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu memberikan alasan takut bersendirian kerana rakan pulang ke kampung masing-masing.
Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, siasatan mendapati, pasangan yang merupakan pelajar di IPT yang sama telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.
“Wanita itu memberi alasan bahawa dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang ke kampung.
“Bimbang keselamatan diri, dia menumpang di rumah sewa pasangannya kerana kebetulan rakan lelaki tersebut juga balik bercuti,” katanya.
Katanya, dua pelajar berkenaan telah dibawa ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
Bagaimanapun katanya, pasangan terbabit telah dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.
Sumber: Sinar Harian








