Pekerja perlu berani bersuara jika dihubungi majikan selepas waktu bekerja, tetapi ramai yang tak berani | The Reporter

Pekerja perlu berani bersuara jika dihubungi majikan selepas waktu bekerja, tetapi ramai yang tak berani

Foto Hiasan Sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Para pekerja perlu berani bersuara jika diganggu oleh majikan selepas di luar waktu kerja atau diberi tugasan di luar bidang kerja.

Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan berpandangan, pekerja di dalam negara sebenarnya dilindungi oleh Akta Pekerja untuk menuntut keadilan jika pernah dilayan sebegitu rupa.

“Majikan menghubungi pekerja biasanya pada jam 10 hingga 11 malam dan mereka akan marah jika tiada respon. Saya rasa ini memerlukan persefahaman antara kedua-dua pihak. Majikan dan pekerja mesti menghormati masa bekerja 8 jam termasuk rehat 1 jam. Dan selepas waktu itu, pekerja tidak boleh diganggu.

“Sama juga apabila pekerja diberi kerja berlebihan yang bukan merupakan kerjanya. Seperti ada majikan kadang-kadang menggunakan pekerja untuk menyelesaikan hal-hal yang bukan merupakan pekerjaannya. Ataupun hal-hal peribadi seperti majikan minta bayarkan bil, selesaikan urusan peribadi.

“Jadi perkara-perkara ini sebenarnya boleh ditolak secara baik,” katanya.

Tambah Faizal, produktiviti pekerja juga boleh terganggu jika pekerja tidak diberi keadilan sewaktu melaksanakan tugas mereka.

“Sebenarnya benda ini ada dalam peruntukkan undang-undang. Mana-mana pekerja yang merasakan mereka didiskriminasi, dengan layanan yang tidak adil, diminta bekerja lebih dari waktu kerja, mereka diganggu secara tidak wajar dan diberikan tekanan. Pekerja boleh menghantar notis, apabila pekerja merasakan bahawa majikan telah melanggar kontrak-kontrak perkhidmatan yang terkandung dalam tawaran kerja mereka.

“Tetapi tidak ramai orang yang ada berani sebegitu rupa,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Related Posts