Pekerja kedai serbaneka diserang & dipukul dengan helmet oleh pelanggan rambut karat | The Reporter

Pekerja kedai serbaneka diserang & dipukul dengan helmet oleh pelanggan rambut karat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pekerja kedai serbaneka diserang oleh pelanggan dalam kejadian yang berlaku di Bentong, berdekatan dengan Hospital Bentong.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu juga tular di media sosial. Video berdurasi dua minit itu menunjukkan dua suspek tidak berpuas hati dengan mangsa sebelum salah seorang suspek bertindak menarik rambut dan memukul kepalanya.

https://twitter.com/WhyBeLiberal/status/1828975135552090433

Ketika mangsa cuba beredar dari kaunter, suspek menghalang laluannya dan sekali lagi memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar sebelum menjatuhkan barangan di premis tersebut.

Masih tidak berpuas hati, suspek yang sama bertindak memukul mangsa beberapa kali sebelum keluar meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut sumber, dua suspek berkenaan berasal dari Negeri Sembilan. Pada waktu kejadian, kedua-duanya sedang mengerjakan projek di Bentong.

Bapa mangsa telah tampil membuat laporan berhubung kejadian itu. Bertindak di atas maklumat, polis telah pergi ke tempat kerja suspek. Namun, suspek tidak datang bekerja kerana sakit pinggang.

Tetapi, sumber mendakwa suspek sebenarnya ponteng kerja dan sempat pergi melepak di sebuah kedai makan. Kehadirannya itu disedari oleh pemilik kedai yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Difahamkan, suspek telah ditahan dan ujian saringan air kencing juga menunjukkan keputusan positif.

Related Posts