Pekerja Auntie Anne's cium doh dipecat, premis Mid Valley ditutup buat sementara | The Reporter

Pekerja Auntie Anne’s cium doh dipecat, premis Mid Valley ditutup buat sementara

Sumber Gambar: FB Xiiao Liingzz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan isu tular membabitkan seorang pekerja di sebuah premis di Mid Valley, Auntie Anne’s dalam satu kenyataan telah memecat pekerja berkenaan yang dikenali sebagai Alice Chang.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya.

Auntie Anne’s Malaysia dalam kenyataan di Facebook menegaskan, mereka komited untuk mengikut piawaian kebersihan dan keselamatan untuk pelanggan dan kakitangan.

Sebagai langkah proaktif katanya, cawangan yang terlibat akan ditutup buat sementara Waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan secara menyeluruh.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan,” katanya.

Terdahulu, tular seorang pekerja di premis berkenaan yang memuat naik gambar dan video dia mencium doh roti.

Related Posts