Peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menepis khabar angin kononnya anak guamnya berhasrat memfailkan saman terhadap seorang doktor terkenal.
Memetik laporan Sinar Harian, Hamid Ismail, yang mewakili Noraidah Lamat, 45, menegaskan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
“Tidak betul (kenyataan itu),” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan Noraidah Lamat bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang doktor terkenal yang memuat naik hantaran berbaur sensitif tentang isu kematian Zara Qairina.
Baca juga:
- ‘Ujian bertimpa-timpa datang, saya reda’ – Bapa Aliff Daniel
- Nahas Jalan Kuching: CIMB zahir simpati, akan ambil tindakan sewajarnya
- ‘Jangan hukum saya berdasarkan cerita sebelah pihak’ – Marhamah Rosli
Hantaran berkenaan juga tidak disenangi oleh ramai pihak dan menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga hospital memberikan teguran kepada doktor berkenaan.
“Mohon Pengarah Hospital Queen Elizabeth pantau dan beri peringatan kepada staf yang membuat ulasan awal berkaitan punca kematian arwah Zara Qairina.
“Keluarga hanya mahu semua kenyataan dibuat selepas siasatan forensik lengkap, bukan andaian yang boleh mengelirukan orang awam,” tulis hantaran salah seorang ahli keluarga Zara di Facebook.








