Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Peguam terkenal Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dikatakan bakal membantu ibu bapa kepada jenazah bayi yang dibekukan oleh sebuah hospital swasta di Klang.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ahmad Zaharil meminta pasangan berkenaan untuk berjumpa dengannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak hospital yang menahan wanita berkenaan atas alasan tidak menjelaskan bil rawatan.
“Apa undang-undang kamu pakai, simpan anak guam aku. Kalau dia tak bayar, itu criminal element. Kenapa tak bawak pergi bawa ke balai polis?” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga meminta orang ramai yang dapat menghubungi pasangan berkenaan untuk berjumpa dengannya.
Perkara berkenaan juga dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official yang menzahirkan penghargaan di atas kesudian Ahmad Zaharil membantu pasangan berkenaan.
Terdahulu, pasukan Unit Khas Van Jenazah mendedahkan tindakan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh pihak hospital swasta apabila menahan jenazah bayi dan dibekukan selama dua minggu atas sebab si bapa tidak menjelaskan bil hospital.
Susulan itu juga, Hospital Bersalin Razif, Klang tampil membuat kenyataan dan menafikan beberapa tuduhan ke atas mereka.








