PBT nafi anjing 'Kopi' dibiarkan mati selepas ditembak | The Reporter

PBT nafi anjing ‘Kopi’ dibiarkan mati selepas ditembak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seekor anjing betina bernama Kopi ditembak mati di Jertih, Kuala Terengganu baru-baru ini. Kejadian ini mengundang kemarahan ramai yang tidak puas hati dengan tindakan zalim tersebut. Ini kerana Kopi dikatakan bersifat jinak, disayangi ramai dan tidak berbahaya.

Beberapa jam selepas kejadian itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan dakwaan kejadian itu dilakukan oleh kakitangannya dan pihaknya tidak menggunakan sebarang senjata seperti senapang semasa melakukan operasi menangkap anjing liar. Sebaliknya, hanya menggunakan kaedah perangkap sahaja.

Tangkap & lupus

Dalam satu kenyataan terkini dari Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Mohd Sukeri Ibrahim berkata, pihaknya melakukan operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar di beberapa kawasan Bandar Jertih selepas menerima aduan mengenai gangguan haiwan itu daripada orang awam.

“Kita menerima aduan orang awam mengenai sekumpulan anjing liar di sekitar Bandar Jertih yang bertindak agresif dengan menyerang dan mengganggu orang awam yang melalui kawasan itu”.

YDP/Pegawai diberi kuasa untuk binasa atau lupuskan anjing

Jelas Mohd Sukeri, operasi itu dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan dan MDB menggunakan peruntukan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membenarkan pengunaan senjata api dalam keadaan tertentu, serta melaksanakan operasi berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MDB) 1990.

“Berdasarkan undang-undang itu, Yang Dipertua atau pegawai yang diberi kuasa dibolehkan untuk membinasa dan melupuskan anjing termasuk yang berlesen jika pemunyanya gagal ditemui.

Kopi sepatutnya ditanam…

“Dakwaan seekor anjing liar (Kopi) yang dibiarkan mati selepas ditembak adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Berdasarkan SOP, anjing itu sepatutnya ditanam. Tetapi pegawai operasi dihalang oleh pengadu yang menyebabkan kesukaran ntuk mengambil bangkai anjing ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts