Payung pantai lebih cantik, tersusun di Teluk Kemang bermula 11 Januari | The Reporter

Payung pantai lebih cantik, tersusun di Teluk Kemang bermula 11 Januari

Sumber Gambar: Petit Go

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abd Hamid memaklumkan penyediaan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang dijadualkan semalam ditangguhkan ke 11 Januari tahun depan.

Penangguhan ini berlaku kerana proses perolehan payung melibatkan kuantiti yang banyak dan memerlukan masa.

Dalam pada itu, MPPD menjelaskan, setakat ini, semua jenis khemah, termasuk khemah biru, tidak dibenarkan di kawasan tersebut.

“MPPD menjangkakan payung pantai yang akan menggantikan khemah biru dapat beroperasi mulai 11 Januari ini tertakluk kepada ketibaan bekalan payung pantai itu.

“Setakat ini, sebarang jenis khemah termasuk khemah biru tidak dibenarkan dipasang di kawasan itu,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan Negeri, J Arul Kumar, berkata MPPD akan menyediakan 33 plot perniagaan khas bagi menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan.

Setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter telah disediakan sejak 18 November lalu di sebahagian kecil Pantai 2 dan Pantai 3 Telok Kemang.

Sumber: Berita Harian

Related Posts