Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa supaya Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan pemegang sahamnya memansuhkan fi pengeluaran tunai RM1 di ATM dengan kadar segera.
Menurut Setiausaha Agung Nube, J Solomon, fi yang dikenakan tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 sedangkan PayNet menikmati keuntungan daripadanya.
“PayNet meraih untung kasar RM544 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM271 juta dan dilaporkan mengekalkan keuntungan terkumpul dari tahun terdahulu berjumlah RM1.43 bilion serta memiliki aset RM2.1 bilion.
“Mana keadilannya? Ini merupakan hasil daripada menindas kelas pekerja yang miskin,” katanya.
Terdahulu, kerajaan telah memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) pada tahun 2020.
Bagaimanapun, pengecualian tersebut dihentikan pada Februari 2022.
Sementara itu, orang ramai bersetuju sekiranya caj RM1 itu dihapuskan bagi mengurankan beban golongan yang kurang berkemampuan.