Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan pelawak Man Raja Lawak meluahkan rasa kesal dengan pihak pengurusan stesen televisyen yang didakwa belum menjelaskan bayaran tugasan yang dibuatnya.
Man, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bayaran yang ditunggu sudah hampir setahun itu belum dijelaskan sehingga kini.
“Payment dah setahun tunggu, bukan banyak pun RM 4,000 jer, haritu kita pergi buat kerja pun pakai modal sendiri RM 1,000 itu macam mana nak kira?”
“Takkan nak sedekah camtu je, cuba teka channel TV mana,” katanya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen pendakwah selebriti, Ustaz Hazlin Baharim juga mempunyai masalah yang sama dialami oleh Man. Beliau juga menyatakan sudah setahun tidak menerima bayaran daripada stesen televsiyen berkenaan.
Dalam pada itu, menerusi satu laporan Man berkata dia ditawarkan sebagai juri untuk satu program stesen TV terbabit membabitkan dua lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Kuantan selama empat hari.
“Mereka pun tak bagi duit petrol dan lain-lain kerana itu dah termasuk dalam bayaran saya. Saya dibayar RM1,000 sehari dan empat hari untuk dua lokasi jumlahnya RM4,000,” katanya.
Tambahnya lagi, pelbagai alasan yang diberikan dan stesen televisyen berkenaan menyatakan bayaran akan dijelaskan pada hujung Julai, tetapi tidak juga dijelaskan.
Sumber: Manrajalawak, Harian Metro