Pasangan usia 80 tahun & 42 tahun timang cahaya mata pertama setelah 10 tahun penantian | The Reporter

Pasangan usia 80 tahun & 42 tahun timang cahaya mata pertama setelah 10 tahun penantian

Sumber Gambar: Ummi Mak Ha Pak Yob

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penantian selama 10 tahun akhirnya pasangan yang mula tular ni mendapat cahaya mata.

Menerusi perkongsian oleh si isteri di TikTok Ummi Mak Ha, bayi perempuan dilahirkan pada 31 Mei lalu pada hari Jumaat.

Perkongsian yang telah mendapat jumlah tontonan 3.6 juta itu mula tular apabila dikhabarkan suami kepada Ummi Mak Ha ketika ini berusia 80 tahun.

@ummimakhapakyob

Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob

“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya 80 tahun. Dilahirkan 9.30 malam, hari Jumaat, 31 Mei 2024, puteri kami dilahirkan,” tulisnya.

Menganggap ini merupakan rezeki kurniaan Allah, Ummi Mak Ha yang berusia 42 tahun melahirkan bayi perempuannya di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah, Seberang Perai.

Dalam perkongsian tersebut juga, dirakamkan momen suaminya melaungkan Iqamat menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam kehidupan mereka.

Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian itu, dan ada juga yang menjadikan kisah Ummi Mak Ha dan Pak Yob sebagai inspirasi menantikan cahaya mata.

Sumber: Ummi Mak Ha Pak Yob

Related Posts