Pasangan kekasih terminum air tandas selama 6 bulan angkara pemasangan paip yang salah di rumah sewa | The Reporter

Pasangan kekasih terminum air tandas selama 6 bulan angkara pemasangan paip yang salah di rumah sewa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sepasang kekasih secara tidak sengaja menggunakan air tandas untuk minum, masak dan mencuci selama enam bulan, angkara kesilapan pemasangan paip.

Pasangan berkenaan bingung apabila mereka mula mengalami masalah kesihatan selepas berpindah ke rumah sewa berkenaan pada Mei lalu, di Beijing, China.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Tan berkata, rambutnya mula gugur dan mengalami pertumbuhan jerawat yang teruk. Manaklaa taman wanitanya pula mengalami batuk dan rasa tidak selesa di bahagian dada.

Selepas setengah tahun berpindah ke rumah itu, Tan tersedar yang mereka belum membayar bil air dan hairan mengapa bekalan air tidak pernah dipotong.

Minta tukang paip periksa

Semasa memeriksa bekalan air, Tan terkejut apabila mendapati meter air tidak bergerak, walaupun mereka telah membuka paip tersebut.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, pasangan itu mengambil keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan tukang paip bagi memeriksa paip kediaman mereka.

Tukang paip terkejut apabila dia mengesan paip tambahan yang bersambung dengan paip tandas dan paip utama.

Setelah diteliti, akhirnya pasangan berkenaan mendapati sepanjang mereka menetap di rumah itu sejak enam bulan lalu, air yang digunakan untuk memasak, mencuci dan minum rupa-rupanya menggunakan sumber air paip utama yang dicampur dengan air tandas.

Tukang paip kemudian membetulkan semula sambungan paip tersebut dan Tan menuntut ganti rugi daripada pihak syarikat yang mengendali hal sewaan rumah.

Sumber: Mirror Daily

Total
0
Shares
Total
0
Share