Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
K Kaartik Krishnan, 39, tidak menyangka keputusannya untuk mencuba berpuasa Ramadan mendapat perhatian ramai, malah menerima sokongan luar biasa daripada warganet. Bersama isterinya, N Rekka, 39, pasangan ini kini menjadi tular di TikTok kerana berkongsi pengalaman mereka berpuasa buat pertama kali.
Menurut Kaartik, sebelum ini dia hanya ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka, tetapi tahun ini dia bertekad untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa.
“Saya tak janji nak puasa penuh, tapi cuba ikut kemampuan,” katanya.
Video yang dimuat naiknya di TikTok meraih lebih dua juta tontonan, memperlihatkan keazamannya bertahan hingga waktu berbuka. Malah, mereka turut berkongsi momen membeli juadah di bazar Ramadan bersama.
Rekka, seorang suri rumah, mengakui dia terdorong untuk berpuasa bukan hanya kerana dorongan pengikut TikTok, tetapi juga sebagai motivasi buat generasi muda.
- Mikhael luah rasa syukur ibu lafaz syahadah
- Model Rusia buat laporan polis, dirakam TikToker buat live berunsur lucah
- 45 pelajar cemerlang ditolak universiti Korea Selatan kerana rekod buli
- ‘Inspektor Sheila’ disiasat dakwa pertikai tindakan polis tahan warga Pakistan tiada lesen
- Kelantan dominasi sektor awam negara
“Kalau kami boleh, mereka pun pasti boleh. Saya sendiri dapat rasa badan lebih ringan dan segar,” katanya.
Setiap kali berbuka, pasangan ini turut mengadakan sesi siaran langsung, dengan tontonan mencecah 7,000 orang ketika sahur. Rekka mendedahkan bahawa tiada komen negatif diterima, malah ramai yang memberi semangat dan berkongsi menu berbuka.
“Anak-anak kami tak berpuasa sebab makan di kantin sekolah, tapi mereka sanggup tunggu untuk berbuka bersama kami,” katanya.
Kaartik yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, cabaran utama hanyalah menahan dahaga kerana tidak biasa. Namun, dia tetap berusaha dan berasa terharu dengan reaksi positif daripada warganet. Malah, dia turut menerima jemputan berbuka daripada sebuah jenama terkenal.
“Kami amalkan tiga prinsip: berkongsi, memberi dan menyebarkan kasih sayang. Kita hidup dalam masyarakat majmuk, jadi tiada sebab untuk tidak memahami antara satu sama lain,” kata Rekka.
Tahun ini, pasangan ini bukan sahaja mencuba berpuasa, tetapi juga berhasrat menyambut Hari Raya dengan pakaian tradisional – Rekka dengan kebaya dan Kaartik dalam baju Melayu.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian








