PAS ingatkan Anwar jangan kerap datang ke Kelantan, silap-silap Selangor yang tumbang ke tangan PN

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah semalam mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim usah terlalu kerap datang ke negeri pantai timur sempena pilihan raya negeri (PRN), sehingga mengabaikan Selangor yang dikatakan berisiko untuk tewas kepada Perikatan Nasional (PN) kali ini.

Kekerapan Anwar datang ke Kelantan dianggap ‘kelam kabut’ dan Mohd Amar tidak pernah melihat Perdana Menteri yang sebelum ini kelam kabut seperti itu.

“Kalau Najib pun dia datang sekali atau dua kali cukup dah. Tetapi PM (Anwar) boleh dikatakan tiap-tiap minggu datang Kelantan.

“Saya nak pesan dekat dia, jangan kerap datang Kelantan kerana silap-silap Selangor akan tumbang. Dia tumpu sangat di Kelantan dan Kedah,” katanya memetik laporan Berita Harian, 8 Ogos 2023.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan juga berharap semua anak-anak Kelantan yang merantau di negeri lain pulang untuk mengundi pada Sabtu ini dan membuat pilihan tepat.

Mohd Amar turut memberi bayangan bahawa beliau akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding di Pilihan Raya Umum ke-16.

Di media sosial, kenyataan Mohd Amar itu mengundang rasa kurang senang penyokong kerajaan.

“Itu tanda Anwar sayang Kelantan dan serius nak memajukan Kelantan. Kalau berterusan ditadbir oleh kerajaan negeri yang sama, sampai bila-bila Kelantan akan kekal seperti itu,” kata Farah.

“Mengenang jasa sahabat baik Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang mempertahankan beliau semasa susah. Maka sekarang PMX berpeluang untuk membalas kepada seluruh rakyat Kelantan,” kata Mutalib Yahya.

Sumber: Berita Harian, Twitter, Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!