‘Padam posting dakwaan isu beras dalam masa 24 jam, atau diburu peguam’ - Menteri Besar Kedah, Sanusi - The Reporter

‘Padam posting dakwaan isu beras dalam masa 24 jam, atau diburu peguam’ – Menteri Besar Kedah, Sanusi

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran kepada pemilik akaun media sosial memadam hantaran mereka dalam tempoh 24 jam. Amaran ini ditegaskan berikutan beberapa pihak melaporkan gambaran kerajaan negeri terbabit dengan skandal beras tempatan bernilai RM100 juta.

Tindakan undang-undang bakal dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian. Pihaknya akan mengarahkan pasukan peguam ‘memburu’ semua pemilik akaun itu untuk tindakan mahkamah.

“Ia termasuk kepada akhbar yang membuat laporan tergantung memberi gambaran yang salah kepada orang ramai termasuk pada wartawan yang menulis berita itu termasuk syarikat akhbar menerbitkan berita itu.

“Kepada orang yang memanjangkan berita yang tidak benar itu supaya menjadi satu pengajaran kepada orang ramai,” katanya.

Kelmarin media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan kepincangan dalam pengedaran beras negara selepas berjaya membongkar kegiatan penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta di Kedah.

Difahamkan, kegiatan penipuan di Kedah itu terbongkar apabila SPRM mengesan berlaku aktiviti mencurigakan dan berunsur rasuah membabitkan satu syarikat yang mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Kambing hitam

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi mendakwa sejak akhir-akhir ini berlaku kecenderungan apabila berlaku kegagalan di peringkat agensi persekutuan atau kementerian maka mereka akan mencari ‘kambing hitam’ untuk diletakkan kelemahan itu.

“Contohnya adalah laporan berkaitan dengan kawal selia beras. Bila berlaku ketidakcukupan beras tempatan di pasaran, berlaku kenaikan harga beras import mereka akan cari ‘kambing hitam’, siapa nak dipersalahkan.

“Oleh kerana kebanyakan padi dan beras ini di tanam di Kedah. Maka mata orang ramai tertumpu di Kedah…seolah-olah Kedah ini gagal dalam kawal selia padi dan beras. Sebenarnya semua itu di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya.

Laporan tergantung

Beliau berkata, laporan di keluarkan media tertentu mengenai anak syarikat kerajaan negeri kononnya terdapat penipuan kontrak beras tempatan bernilai RM100 juta dilontarkan ke tengah-tengah masyarakat tanpa penjelasan yang sewajarnya.

Katanya, laporan itu tergantung seolah-olah peristiwa itu berlaku kelmarin.

“Padahal ia berlaku 2016. Tahun itu saya duk pikul beras sungguhlah. Tapi di kem pelarian, saya pada masa itu buat misi kemanusiaan di kawasan bencana. Memang saya duk pikul beras masa itu. Tapi di tempat lain lah.

“Saya pun tak jadi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri ) lagi pun. Jadi bila lontaran itu dikeluarkan atas kehendak siapa? Saya pun tak tahu, ghairahlah spekulasi dibina seolah-olah punca ketiadaan beras tempatan di Kedah ini punca dia Sanusi. Sorok beras, itu spekulasi yang cuba dibina oleh netizen ataupun cybertroopers.

“Saya pun akan bagi depa (mereka) ni popular atas petikan yang dibuat berdasarkan laporan itu… serbuan tak pakai ‘helmet’ ini saya akan buat balasan kerana mereka telah memburukkan kerajaan negeri seolah-olah perkara itu disebabkan oleh kerajaan negeri maka beras tempatan tak dak. Orang-orang yang tidak memakai helmet ketika membuat serbuan di media sosial akan diburu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!