Padah aksi rempit berbahaya, 2 lelaki maut | The Reporter

Padah aksi rempit berbahaya, 2 lelaki maut

Sumber Gambar: Tengku Mahadi Eddy

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua lelaki berusia 16 dan 21 tahun meninggal dunia apabila mengalami kemalangan di Persiaran Raja Muda musa, Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, kemalangan berlaku apabila beberapa kumpulan motosikal terbabit melakukan aksi berbahaya di sepanjang jalan bermula dari Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang serta berpatah balik dengan membuat beberapa pusingan.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi membabitkan empat motosikal jenis Yamaha 125ZR, Yamaha Lagenda 115Z, Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X FS150 yang ditunggang secara laju.

“Salah sebuah motosikal yang berada di kumpulan itu bagaimanapun terbabas sebelum dirempuh beberapa motosikal lain.

“Kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki berusia 16 dan 21 tahun meninggal dunia. Seorang maut di lokasi kejadian, manakala seorang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Video aksi berbahaya itu turut tular di media sosial.

Dalam pada itu, beliau menyatakan lokasi itu sering dikesan dijadikan litar atau medan golongan remaja terutama pada malam minggu walaupun beberapa kali operasi dan tangkapan sudah dilaksanakan polis.

Sumber: Polis Daerah Klang Selatan, Sinar Harian

Related Posts