Seekor kucing oren mencuri perhatian ramai selepas dilihat setiap hari menunggu anak-anak tuannya pulang di sebuah hentian bas, walaupun keluarga itu sebenarnya sudah lama berpindah. Kisah menyentuh hati itu dikongsi oleh seorang wanita yang menggunakan nama @Ms.BawzeLady di TikTok.
Menurut wanita tersebut, jiran-jirannya telah berpindah beberapa hari lalu dan meninggalkan kucing peliharaan mereka tanpa sebarang penjagaan. Tidak memahami apa yang berlaku, kucing betina itu terus setia menunggu di tempat sama seolah-olah berharap tuannya akan kembali.
āSaya cuba tenangkan dia, tapi dia nampak sangat sedih,ā katanya dalam kapsyen video.
Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib kucing itu. Ada yang marah kerana haiwan peliharaan diperlakukan sebegitu, dan ada juga yang merayu agar kucing itu segera diselamatkan.
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
- āMalaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0ā ā Pemuda MCA
- Pemilik tanah benarkan komuniti Rohingya bina flat di Sungai Tekali
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk, āKalau awak tak dapat jaga, tolong carikan rumah baru untuk dia,ā dan āTolong bagi dia keluarga baru yang sayang dia.ā
Tidak lama kemudian, @Ms.BawzeLady tampil berkongsi perkembangan terbaru. Kucing tersebut akhirnya dibawa masuk ke dalam rumahnya. Dia menyediakan mangkuk makanan dan air, serta membelai kucing itu dengan penuh kasih sayang. Malah, kucing itu nampak tenang dan mula menekan-nekan dengan tapak kakinya, tanda dia berasa selamat dan selesa.
Walaupun mengakui tidak berpengalaman menjaga kucing, @Ms.BawzeLady kini memberi perhatian sepenuhnya kepada si bulus itu dan sedang belajar cara penjagaan yang betul. Katanya, belum pasti sama ada dia akan memeliharanya secara kekal, tetapi buat masa ini kucing itu sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya.
Ramai netizen percaya si comel itu telah pun menemui rumah barunya. āTak lama lagi, dia mesti dah jadi ahli keluarga tetap,ā tulis seorang netizen.








