'Orang menggelupor cari minyak & gula, kau boleh sorok?!' - Peniaga terkedu, kedai diserbu KPDN Melaka - The Reporter

‘Orang menggelupor cari minyak & gula, kau boleh sorok?!’ – Peniaga terkedu, kedai diserbu KPDN Melaka

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka telah melakukan serbuan di beberapa premis yang didakwa menyorok minyak masak paket dan gula bersubsidi.

Menerusi operasi ini, taktik penyamaran sebagai seorang pelanggan digunakan bagi mengaburi mata penjual. ‘Pelanggan’ meminta untuk membeli gula, namun pekerja premis berkenaan menyatakan tiada stok gula murah dijual di premis itu.

@kpdnmelaka

Orang menggelupoo carik minyak carik gula, kau boleh sorok ek?!!!

♬ original sound – KPDN Melaka – KPDN Melaka

Serbuan ke sebuah stor mendapati stok gula telah disorok, namun pekerja disitu mendakwa stok berkenaan disimpan untuk dijual kepada pihak restoran. Bukan sahaja di stor, malahan stok gula turut disorok di bawah kaunter.

Siasatan juga mendapati premis berkenaan baru sahaja membuat pesanan sebanyak tiga kotak pesanan minyak masak, namun didapati di premis berkenaan sudah menyimpan tujuh kotak minyak yang disorok.

Anggota KPDN melakukan serbuan ke premis seterusnya dan pekerja menyatakan minyak masak tiada di premis itu. Namun, siasatan mendapati premis berkenaan juga menyorok minyak paket di sebuah stor.

Premis berkenaan bukan sahaja didapati bersalah menyorok barangan bersubsidi malahan, tiada lesen perniagaan.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak KPDN Melaka itu dipuji ramai, malahan netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai salah satu kejayaan pihak KPDN dalam menangani isu barangan subsidi yang disorok.

Sumber: KPDN Melaka

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!