Dalam sesebuah perkahwinan, sikap tolak ansur sangat penting demi mencapai sebuah kebahagiaan dalam rumah tangga.
Suami, sebagai ketua isi keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju sesebuah keluarga termasuklah nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Sejak kebelakangan ini, isu nafkah menjadi sorotan ramai.
Memetik satu video tular di TikTok, penceramah terkenal yang dikenali sebagai Syamsul Debat mengingatkan kepada kaum lelaki supaya memberikan nafkah dengan cara memindahkan ke akaun isteri.
“Nasihat saya, jangan bagi di tangan (tunai), transfer online. Biar ada bukti, bila bergaduh dia memang lupa,” katanya.
Katanya, seandainya si isteri membuat aduan di mahkamah, sekurang-kurangnya pihak lelaki ada bukti tentang pemberian nafkah ke dalam akaun bank si isteri.
Jelasnya lagi, dalam isu nafkah, pihak mahkamah atau hakim tidak pernah memaklumkan kepada lelaki untuk memewahkan isteri, tetapi beri nafkah mengikut kemampuan.
“Bila isteri reda dengan kesusahan suami walaupun bagi sikit, terima. Insya-Allah, Allah akan murahkan rezeki.
“Tapi jika si isteri ambil ringan dan mempertikaikan, akan ada individu yang cuba mengambil peluang,” katan








