'Okay done kahwin lagi sekali' - Farah Lee - The Reporter

‘Okay done kahwin lagi sekali’ – Farah Lee

Sumber gambar: Facebook Farah Lee

Pempengaruh Farah Lee dikatakan telah selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Fuad, hari ini. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Farah di Facebook dan Instagramnya menunjukkan pasangan berkenaan memakai busana serba hitam yang elegan.

Farah tampak anggun dengan busana hitam yang dihiasi dengan hiasan emas pada tudungnya. Sebuah buket bunga yang terdiri dari bunga putih dan kuning dicampur dengan tumbuhan kering tampak di tangannya, menambah keindahan momen ini.

“Okay done kahwin lagi sekali.” tulis Farah dengan tanda pagar (hashtag) #goodluckFUAD.

Ramai pengikut Farah di media sosial memberikan ucapan tahniah. Perkongsian gambar itu telah menerima lebih daripada 5,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Farah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pesonaliti TV, Ally Iskandar, namun mereka telah berpisah. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

Sumber: Facebook Farah Lee

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!