Nur Fazura failkan permohonan cerai terhadap Fattah Amin? | The Reporter

Nur Fazura failkan permohonan cerai terhadap Fattah Amin?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Desas desus status rumah tangga pasangan selebriti Fatzura akhirnya terjawab apabila media melaporkan Nur Fazura Sharifuddin telah memfailkan permohonan perceraian terhadap Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, Berita Harian dimaklumkan oleh sumber yang mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai punca perceraian pasangan berkenaan.

Nur Fazura tidak hadir di mahkamah, sebaliknya urusan memfailkan perceraian itu dilakukan oleh peguam yang mewakilinya.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan selebriti tersebut menjadi pertanyaan netizen di media sosial berikutan beberapa hantaran yang dimuat naik oleh Fazura.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Harian Metro

Related Posts