'Baru 3 bulan je tak bayar sewa PPR, dah kena notis keluar rumah' – Penyewa | The Reporter

‘Baru 3 bulan je tak bayar sewa PPR, dah kena notis keluar rumah’ – Penyewa

Notis rampasan unit PPR oleh DBKL dilekatkan pada pintu rumah sewa di sebuah koridor flat.
Seorang penyewa duduk di hadapan pintu unit PPR selepas notis rampasan dilekatkan oleh DBKL. | Gambar hiasan (AI)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang gagal membayar sewa mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa unit PPR yang didiaminya dikenakan tindakan selepas berlaku tunggakan sewa selama tiga bulan.

Netizen berbeza pandangan mengenai tindakan DBKL

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Sebahagian netizen menyokong tindakan DBKL dengan alasan penyewa PPR menikmati kadar sewa yang jauh lebih rendah berbanding pasaran, justeru kewajipan membayar sewa tetap perlu dipatuhi.

Ada yang berpendapat tindakan selepas tiga bulan tunggakan masih dianggap bertolak ansur, malah menyatakan penguatkuasaan lebih awal mungkin lebih berkesan bagi mengelakkan tunggakan berlarutan.

Namun, terdapat juga pihak yang menasihatkan agar situasi individu penyewa tidak terus dihukum kerana mungkin melibatkan masalah peribadi atau kesulitan kewangan yang tidak diketahui umum.

Baca juga:

Pemilik hantaran jelaskan situasi sebenar

Susulan kritikan yang diterima, pemilik hantaran itu kemudian menjelaskan bahawa tunggakan sewa itu berlaku kerana sebelum ini bayaran telah diamanahkan kepada orang lain untuk dibuat bagi pihaknya.

Namun menurutnya, individu tersebut dipercayai tidak membuat bayaran kepada DBKL walaupun wang telah diberikan.

Selepas menyedari perkara itu, bayaran tunggakan itu kemudian dibuat sendiri melalui JomPAY dan resit pembayaran turut dikongsikan dalam hantaran tersebut.

Related Posts