'Semua orang terkandas di Jeddah, tapi bukan terpaling terkandas' - Mutawif | The Reporter

‘Semua orang terkandas di Jeddah, tapi bukan terpaling terkandas’ – Mutawif

Mutawif jawab isu tular seorang jemaah wanita terkandas di Jeddah.
Mutawif Ammar perjelas isu tular.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang mutawif yang dikenali sebagai Ammar tampil menjelaskan keadaan sebenar jemaah yang terkandas di Jeddah, berikutan beberapa video tular di TikTok mengenai isu penginapan dan makanan jemaah.

Menurut Ammar, beliau sendiri turut terkandas dan menaiki Malaysia Airlines. Ujarnya pihak Malaysia Airlines telah menyediakan penginapan selama lima hari bagi jemaah yang terjejas iaitu daripada 2 hingga 6 haribulan.

Penerbangan asal yang dijadualkan pada 2 haribulan ditunda kepada 6 haribulan pada pukul 1 pagi. Ammar menekankan bahawa pihak syarikat telah menanggung semua keperluan jemaah termasuk penginapan, makanan dan minuman sepanjang tempoh terkandas.

Beliau turut menjelaskan situasi jemaah yang menaiki Emirates, termasuk individu yang membuat video tular tersebut. Ammar menegaskan, pada hari pertama dan kedua, hotel serta makanan telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak agensi. Selepas itu, pihak Emirates mengambil alih penginapan jemaah, menyediakan hotel lima bintang bagi hari ketiga dan keempat.

“Tidak ada istilah jemaah duduk di tepi jalan atau mengemis,” katanya.

@ammarnadihomedeco

video penjelasan kebenaran jemaah yang terkandas di Jeddah. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani @Malaysia Airlines @Emirates #kebenaran #muhasabahdiri

♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO

Mutawif itu juga mendedahkan bahawa usaha untuk berbincang dengan individu berkenaan gagal apabila dia tetap memuat naik video di TikTok, walaupun tiket penerbangan telah disahkan dan ketua kumpulan telah cuba menguruskan komunikasi.

@ammarnadihomedeco

maka terjawap lah persoalan bagi semua… harap nilaikan wahai rakyat Malaysia ☺️.. cuma nak tanya duit yang kutip tu dengar kata banyak nak buat apa ye🙈🙈 @chayennn6 @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Emirates @Sinar Harian @bharianmy @bernamaofficial @hotfm976_ #fyppppppppppppppppppppppp #kebenaran #muhasabahdiri #jemaahterkandas #terlajakperahubolehdiundur

♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO
Baca juga:

Dalam hantaran video di TikTok itu, Ammar turut menyertakan bukti tiket dan penginapan tersedia untuk pengetahuan umum, bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Apa sebenarnya yang ingin dicapai dengan video-video tersebut, sedangkan bantuan telah disediakan sepenuhnya oleh pihak syarikat travel dan penerbangan?” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini, Ammar memaklumkan individu berkenaan yang dikenali sebagai chayen sudah menaiki penerbangan pulang ke tanah air.

https://www.tiktok.com/@chayennn6/video/7612312012844027143?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7519317656182228497

Terdahulu,seorang jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah merayu bantuan penginapan selepas wang simpanannya bersama 27 jemaah lain hampir kehabisan akibat pembatalan penerbangan pulang ke tanah air.

Dia mendakwa syarikat yang mengendalikan pakej umrah mereka menanggung kos penginapan serta makan minum sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, dia bersama neneknya dan rakan jemaah kini perlu menanggung sendiri perbelanjaan walaupun wang simpanan hampir habis.

Related Posts