Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pasangan selebriti Nora Danish dan Nedim Nazri mengakhiri perkahwinan mereka yang telah berlangsung selama lebih tujuh tahun. Proses perceraian berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada malam Rabu.
Nedim atau Nedim Mohamed Nazri melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin, memilih untuk berpisah secara baik.
Selepas prosiding, Nora, yang nama sebenarnya ialah Nora Mohd Danish Hanif, berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
“Saya dan bekas suami sudah mencapai persetujuan untuk mengakhiri perkahwinan kami. Kami ingin membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.
“Saya harap tiada spekulasi mengenai perpisahan kami. Keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak tetap menjadi keutamaan kami,” katanya.
Nedim bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini.
Nora hadir dengan berjubah putih dan diwakili peguam syarie, Ahmad Badri Idris, manakala Nedim tiba tanpa peguam.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Bernama, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.
Sebelum berkahwin dengan Nedim, Nora pernah berumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal, yang kini berusia 15 tahun, sebelum bercerai pada tahun 2008.
Sumber: Harian Metro








