Nonny Nadirah kongsi video buka baju, cukur rambut sampai botak - The Reporter

Nonny Nadirah kongsi video buka baju, cukur rambut sampai botak

Sumber foto: Instagram Nonny Nadirah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dunia hiburan dikejutkan dengan tindakan pelakon Nonny Nadirah membuka baju dan mencukur rambutnya sehingga botak, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya malam tadi bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia berbuat demikian. Malah kapsyen yang disertakany hanya sekadar ‘Twinnies’.

Ruangan komen pada hantaran itu turut ditutup, menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang berlaku pada selebriti kelahiran Sabah ini.

Sebelum ini, media pernah melaporkan Nonny menjadi mangsa sihir yang menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan. Namun, kesihatannya pulih selepas mendapatkan rawatan.

Selain itu, Nonny juga pernah mengaku dia tidak lagi bertudung dan mendakwa kehidupannya tidak tenteram kerana diganggu oleh seseorang, tetapi tidak dinyatakan siapa individu yang dimaksudkan itu.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!