Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, memohon maaf berhubung kenyataan beliau sebelum ini yang menimbulkan kekeliruan dan sensitiviti apabila mengaitkan beberapa tokoh sahabat Rasulullah SAW.
Beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina para sahabat, sebaliknya mengakui berlaku kesilapan dalam penggunaan perkataan dan sandaran fakta dalam ucapannya sebelum ini.
“Saya sama sekali tidak berniat menghina para sahabat. Cuma berlaku kesilapan di pihak saya apabila menggunakan satu perkataan yang agak kasar, dan saya tarik balik penggunaan perkataan itu serta memohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati,” katanya.
Baca juga:
- Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama
- Nik Zawawi tarik balik kenyataan, mohon maaf isu sahabat Nabi
- Dakwaan Cikgu Farhan pikul beras tular, Guru Besar SK Pinawantai nafi kejadian
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang memberikan teguran secara membina, termasuk para ilmuan dan rakan-rakan yang menghubunginya melalui media sosial serta aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, beliau turut menegur segelintir pihak yang menurutnya menyampaikan kritikan secara melulu, sambil menasihatkan agar semakan dibuat terlebih dahulu sebelum membuat teguran, khususnya melibatkan isu sejarah yang tidak mempunyai riwayat jelas.
“Kesilapan saya sandarkan perkara ini kepada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan para sahabat,” katanya.









