Kematian Nidza Afham telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) oleh pihak polis.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan fizikal pada tubuh Nidza. Pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal untuk menentukan punca sebenar kematiannya.
Jenazah Nidza Afham telah diserahkan kepada keluarganya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di Kuala Selangor, hari ini. Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid Puncak Alam dan dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat handai.
Selalu berkongsi perasaan dengan adik
Menurut adiknya, Aufahanie, ibu apa mereka telah bercerai ketika mereka masih kecil. Nidza tinggal bersama ibunya, manakala adik-beradik yang lain tinggal bersama bapa. Walaupun begitu, mereka tetap berhubung rapat dan selalu bertemu.
Aufahanie memaklumkan, Nidza sering berkongsi perasaannya dengannya kerana mereka sangat rapat. Namun, sejak abangnya mempunyai teman wanita, Hazmiera, dia lebih banyak berkongsi dengan Hazmiera.
Tak digalakkan beriadah selepas jam 7.30 malam
Sementara itu, pihak pengurusan stadiaum dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengeluarkan larangan berjoging di kawasan Stadium Sultan Suleiman selepas jam 7.30 malam.
Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan orang awam. Keputusan ini juga dibuat selepas insiden kehilangan Nidza Afham.
Stadium Sultan Suleiman menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah. Tetapi keadaan di sekitar stadium menjadi gelap selepas waktu operasi, yang boleh meningkatkan risiko keselamatan.
Disebabkan itu, pihak berkuasa menggalakkan orang ramai untuk berjogging pada waktu yang ditetapkan, iaitu dari 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7:30 malam.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, MalaysiaKini, Astro Awani








