Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar (URA) 2025 yang sepatutnya berlangsung di Dewan Rakyat petang ini ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang pada bulan Oktober.
Keputusan itu dibuat selepas wujud bantahan daripada blok pembangkang dan sebahagian ahli Parlimen kerajaan sendiri. Mengikut takwim Dewan Rakyat, mesyuarat ketiga bagi penggal keempat Parlimen ke-15 dijadualkan bermula 6 Oktober hingga 4 Disember depan.
BN sepakat tolak bahas segera
Tengah hari tadi, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan 30 ahli Parlimen parti itu sepakat menolak RUU tersebut dibahas segera.
Beliau menegaskan undang-undang baharu ini perlu diperhalusi semula dengan memberi ruang kepada sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk penduduk terjejas.
Baca juga:
- Mahkamah sahkan kecuaian, keluarga S Thanabalan terima RM1.1 juta
- Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak ketika bermain sembunyi-sembunyi
- Hilang semangat kerja gara-gara penilaian prestasi oleh pegawai tidak dikenali
Nga Kor Ming tetap pertahan RUU
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyatakan komitmen untuk tetap membawa RUU berkenaan ke bacaan kedua. Beliau mendakwa pihak yang menentang hanya memainkan sentimen politik yang membinasakan.
Menurutnya, RUU ini penting kerana ia menggantikan akta lama yang mengawal selia pembangunan semula kawasan bandar daif. Bagaimanapun, cadangan menurunkan kadar peratusan persetujuan pemilik rumah bagi meluluskan projek pembaharuan bandar menimbulkan kontroversi.
Pengkritik bimbang langkah itu akan menafikan hak minoriti kerana mereka berisiko dipaksa tunduk pada keputusan majoriti. Kerajaan sebaliknya menegaskan hak penduduk tetap terpelihara melalui skim pampasan adil serta perlindungan undang-undang kepada mereka yang terkesan.
Sumber: Malaysia Gazette








