‘New Year, New Me’, Jom Kekal Cergas & Sihat Dengan Tastefully Health Ekspo! - The Reporter

‘New Year, New Me’, Jom Kekal Cergas & Sihat Dengan Tastefully Health Ekspo!

Tastefully Health Expo

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Siapa yang dah berazam untuk kekal sihat dan mempunyai tubuh badan cergas pada tahun 2025 tu, jangan bazir masa lagi dah, ini adalah masa yang tepat untuk korang mulakan perjalanan gaya hidup sihat!

Nak mulakan gaya hidup sihat, kenalah mula daripada pemakanan dulu betul tak? Haa, pastikan korang tanda kalender pada 17 hingga 19 Januari 2025 ini sebab korang boleh dapatkan pelbagai makanan sihat daripada Tastefully Health Eskpo ini!!

Rambang Mata Nak Pilih! Banyak Produk Kesihatan Boleh Didapati Di Tastefully Health Eskpo

Bagi kami, rugi tau kalau korang tak pergi ke ekspo ini, sebab dekat sini ada macam-macam jenis makanan dan produk kesihatan daripada Tastefully Health yang korang boleh dapatkan. 

Antaranya korang boleh dapatkan pelbagai jenis sapuan dari sapuan berkrim, manis atau masam daripada CEIT Spreads CaveNut yang terletak di booth 106. Bayangkan pagi-pagi buat roti bakar dengan sapuan CEIT Spreads CaveNut ni, fuhh memang ngam!

Selain itu, untuk korang yang lebih gemarkan madu sebagai sapuan pada roti atau wafel korang untuk dinikmati waktu sarapan pagi, korang wajib singgah booth Jungle House, yang mana produk-produk mereka sememangnya segar!

Bukan itu saja, kalau korang memang selalu dalam keadaan tergesa di pagi hari dan perlukan sarapan yang mengenyangkan, korang boleh pergi ke booth 116 untuk dapatkan serbuk minuman bijirin daripada VERYGOOD维绿谷!

Menariknya, serbuk minuman bijirin daripada VERYGOOD维绿谷 ini kaya dengan nutrien yang cukup, tinggi dengan fiber, dan paling penting tiada gula tambahan tau. Sesuai sangat untuk yang tengah on diet!

Nak kekal awet muda? Kolagen jawapannya! Pastikan korang singgah ke booth APEX PHARMACY (booth 269) dan booth Beyond Collagen (booth 136) sebab kedua-dua booth ini menawarkan pelbagai suplemen kesihatan termasuk kolagen. 

Selain itu, untuk korang yang sukakan makanan segar dari ladang, pastikan korang datang ke booth Nature Farm Malaysia di lot 227 dan 228 sebab mereka bukan saja menyediakan cendawan segar premium, malah terdapat juga air kelapa Thailand dan snek avocado segar!

Cakap pasal Thailand ni, korang tahu tak korang boleh santai-santai sambil makan kudap-kudap kacang yang dibawakan khas daripada Thailand di booth Ali Cashew Nuts Malaysia, lot 162.

Sebenarnya, ada banyak lagi makanan dan produk kesihatan dibawakan khas oleh Tastefully Health tau. Kalau nak tahu, korang memang wajib serbu ekspo Tastefully Health, kali ini mereka juga berkejasama dengan Guardian!

Selain makanan,produk kesihatan dan kecantikan, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai. Kot kot korang bosan-bosan tengah pusing satu ekspo, boleh join sekali!

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh sertai adalah giveaway di mana korang berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik seperti Goodie Bag, Red Packet edisi terhad, dan banyak lagi! Psst, terdapat juga Purchase With Purchase yang lumayan tau!

Haa, korang yang suka memasak tu, pastikan korang datang 18 dan 19 Januari sebab korang dapat melihat secara langsung pertandingan memasak, Taste of Malaysia Competition serta demo memasak daripada chef selebriti, Chef Amy Beh. Mesti fun nanti!

Kalau korang peminat setia rancangan Good Good Year dan Close Your Kopitiam, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan barisan pelakon menerusi sesi temu ramah eksklusif! Korang juga boleh bertemu artis jemputan lain seperti Namewee, Prodigee Asia Talent, Nick Chung, Stella Chung, dan Jaspers!

Psst, memandangkan tak lama saja lagi kita akan menyambut Tahun Baru Cina, terdapat juga pertunjukkan menarik seperti pertunjukkan istimewa sambutan Tahun Baru Cina Tahun Ular dan persembahan akrobatik tarian singa tau. Jangan lupa datang okay!

Lagipun, sekarang kan tengah ada kempen Cuti-Cuti Malaysia, korang yang duduk luar daripada kawasan Lembah Klang tu, tunggu apa lagi? Jomlah rentas negeri dan datang ke ekspo Tastefully!

Tak sabar nak dapatkan beli-belah makanan dan produk kesihatan di ekspo Tastefully? Pastikan korang take note butiran berikut:

Tarikh: 17 hingga 19 Januari 2025 

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Tempat: Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur


Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Tastefully atau ikuti media sosial Tastefully di Facebook dan Instagram.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!