Netizen Thailand puji tindakan pantas penyelamat Malaysia | The Reporter

Netizen Thailand puji tindakan pantas penyelamat Malaysia

Gambar kecil pasukan keselamatan Malaysia yang mendapat pujian netizen Thailand.
Gambar tangkap kayar video tular di Thread.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah video tular dari kawasan banjir di Hatyai menarik perhatian ramai apabila rakyat Thailand memuji tindakan pantas pasukan penyelamat Malaysia yang memasuki kawasan berisiko tinggi bagi menyelamatkan rakyatnya sendiri.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa buah treler besar, lori dan bot digunakan untuk membawa keluar pelancong Malaysia yang terkandas. Penduduk tempatan yang menyaksikan operasi menyangka pasukan bomba dan penyelamat Malaysia datang untuk membantu mangsa rakyat Thailand, namun terkejut apabila mengetahui misi mereka adalah untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

Menurut kapsyen pada video itu, pada 25 November, paras air di Hatyai masih berada pada tahap tinggi namun pasukan penyelamat Malaysia sudah pun tiba untuk membawa keluar rakyat yang terkesan.

Netizen Thailand turut mengakui bahawa Malaysia memiliki keupayaan operasi bencana yang teratur dan terancang.

“Ada rakyat Thailand yang masih tunggu bantuan dah banyak hari. Rata- rata netizen Thailand memuji kerajaan Malaysia walaupun bukan dalam negara sendiri. Di tempat luar, tetap datang bantu rakyat Malaysia,” katanya.

Baca juga:
Untung jadi rakyat Malaysia

“Malaysia tidak tinggalkan rakyatnya… walaupun di luar negara tetap datang bantu. Persiapan mereka untuk hadapi banjir sangat sistematik,” kata hantaran di Thread tular.

Setakat Selasa petang, sebanyak 310 pelancong Malaysia berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir menggunakan tiga buah treler khas. Mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan pelancong yang terputus hubungan selepas laluan utama ditenggelami air.

Memetik laporan Berita Harian, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kementerian sedang melihat semua kemungkinan bagi memastikan rakyat Malaysia yang masih terkandas dapat dibawa pulang dengan selamat secepat mungkin.

Lebih 1,000 pelancong masih terkandas

Selain itu, pasukan bomba sukarela Malaysia turut berjaya memasuki kawasan Hatyai semalam untuk membantu mengeluarkan lebih 1,000 pelancong Malaysia yang masih terperangkap.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sekiranya memerlukan bantuan kecemasan atau maklumat lanjut.

Related Posts