Kunjungan IShowSpeed ke Malaysia bukan sahaja dihidangkan dengan makanan lokal, tetapi pempengaruh berkenaan juga diberikan beberapa cenderahati termasuk baju batik.
Bagaimanapun, dia tertanya-tanya asal sebenar baju batik berkenaan apabila ruangan komen semasa sesi siaran langsung menyatakan batik berasal dari Indonesia.
Speed memulakan carian di internet untuk mengetahui fakta lebih lanjut mengenai batik.
“Batik berasal dari Indonesia? Dari Indonesia atau Malaysia? Mereka kata batik dari Indonesia. Kenapa orang tadi kata batik dari Malaysia?
“Kenapa kat sini tulis batik berasal dari Indonesia?”soalnya.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai pemandu kepada Speed semasa sesi jelajah berkenaan menyatakan batik berasal dari Malaysia. Katanya apa yang membezakan antara batik Malaysia dan Indonesia adalah pada corak dan motif pada lukisan yang terdapat pada kain berkenaan.
“Batik asalnya dari Malaysia,” katanya.
video tular berkenaan bagaimanapun mengundang pertikaian antara netizen Malaysia dan Indonesia dan masing-masing mempertahankan hak.