Netanyahu berucap di PBB, ramai delegasi keluar tanda protes | The Reporter

Netanyahu berucap di PBB, ramai delegasi keluar tanda protes

Netanyahu berucap di PBB dengan dewan kelihatan kosong selepas ramai delegasi keluar tanda protes.
Netanyahu berucap di PBB, dewan separuh kosong selepas ramai delegasi keluar tanda protes. | Kredit gambar: ABC News

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan situasi memalukan di Sidang Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila ramai delegasi memilih untuk meninggalkan dewan ketika beliau memulakan ucapan pada Jumaat.

Tindakan itu jelas mencerminkan protes terhadap ucapan keras Netanyahu yang menolak pengiktirafan negara Palestin dan mempertahankan operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Ucapan keras Netanyahu cetus reaksi

Dalam ucapannya, Netanyahu menuduh beberapa negara yang menyokong Palestin menghantar mesej yang seolah-olah menggalakkan keganasan terhadap orang Yahudi dan beliau menegaskan Israel perlu meneruskan operasi ketenteraan terhadap Hamas.

Baca juga:

Beliau juga menolak tuduhan bahawa Israel melakukan genocid dan memberi amaran tentang ancaman daripada Iran. Pejabatnya berkata, ucapan itu turut disiarkan ke Gaza melalui pembesar suara dan saluran komunikasi yang dikawal.

Delegasi keluar sebagai tanda protes

Ketika Netanyahu memulakan ucapan, puluhan hingga ratusan wakil negara dilaporkan bangun dan keluar dewan, meninggalkan ruang kosong yang ketara. Sesetengah negara hanya meninggalkan wakil peringkat rendah sebagai simbolik, yang lain langsung tidak kembali.

Tindakan “walk-out” ini dilihat sebagai isyarat solidariti dengan Palestin dan penolakan terhadap naratif yang dibentangkan dalam ucapan tersebut. Langkah meninggalkan dewan itu datang dalam suasana diplomasi yang semakin tegang, termasuk pengiktirafan Palestin oleh beberapa negara Eropah baru-baru ini.

Ramai pemerhati berpendapat ucapan Netanyahu yang menggunakan retorik konfrontasi hanya mengukuhkan jurang antara Israel dan komuniti antarabangsa yang semakin menekan supaya konflik diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa.

Sumber: AP News, Reuters, The Guardian

Related Posts