Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bapa kepada Abdul Fattah Khairul Rizal, murid Tahun Tiga yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sebuah sekolah di Lenggeng, mendedahkan anaknya pernah meluahkan hasrat ingin meninggal dunia ketika kecil kerana mahu terus masuk syurga.
Menurut Khairol Rizal Mustafar, 42, beliau sebelum ini menganggap kata-kata anak keduanya itu sekadar perbualan kosong.
“Dah lama juga dia tanya, kalau meninggal masa kecil boleh terus masuk syurga ke? Bila saya tanya cita-cita dia, arwah cuma jawab tak tahu. Rupanya dia nak pergi dulu,” katanya.
Khairol Rizal, yang juga Imam 2 Masjid Khairiah serta Yang Dipertua PIBG sekolah terbabit, berada di lokasi ketika kejadian hari sukan berlangsung.
Baca juga:
- Rakaman dron Haroqs jadi bukti dunia, dedah detik cemas sebelum diserbu tentera Israel
- KKM semak video tular kad pemantauan pesakit denggi di KK Sri Rampai
- Sultan Selangor seru wakil rakyat hayati makna Rukun Negara di Dataran Selangor
Abdul Fattah ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh sebelum diberi rawatan CPR lebih 30 minit, namun disahkan meninggal dunia.
Menurut bapanya lagi, arwah tidak menyertai sebarang acara balapan kerana tidak terpilih, sebaliknya hadir hanya untuk memeriahkan program.
“Saya tidak tahu bagaimana dia boleh berada di belakang bangunan sekolah. Ada yang kata terdengar bunyi sesuatu jatuh, tapi saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian








