Nak pahala berganda? Beri duit raya dalam bulan Ramadan - The Reporter

Nak pahala berganda? Beri duit raya dalam bulan Ramadan

Duit raya bulan Ramadan
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aidilfitri bakal menjelang tiba. Antara individu yang paling seronok untuk menyambut lebaran adalah kanak-kanak. Hari itu dianggap istimewa kerana mereka bukan sahaja dapat merasai kuih muih, biskut raya malahan duit raya yang paling ditunggu-tunggu.

Pemberian duit raya merupakan satu bentuk sedekah atau tanda kasih sayang kepada kanak-kanak, saudara-mara, dan golongan yang memerlukan. Namun, timbul persoalan: adakah duit raya perlu diberikan sebelum hari raya atau hanya pada pagi Syawal?

Duit raya bukanlah satu kewajipan dalam Islam tetapi lebih kepada amalan budaya yang telah diterima secara meluas dan boleh disifatkan sebagai satu tradisi turun temurun.

Menurut Ustaz Fawwaz, pemberian sedekah dalam bentuk duit raya lebih memberikan manfaat jika diberikan sebelum Aidilfitri.

“Hari terakhir Ramadan bagi siap-siap. Pemberian kita tu dalam bulan Ramadan, pahala lebih berganda,” katanya.

Memetik hantaran dari Ustazah Asma’ pula, beliau menyatakan kita digalakkan bersedekah pada bila-bila masa namun Nabi Muhammad SAW menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan.

“Maka, disarankan jika ingin lakukan pemberian duit raya, berikanlah lebih awal iaitu dalam bulan Ramadan.

“Moga ikhlas dan syukur terus terpahat dalam diri kita sama ada bagi yang memberi atau menerima. Bagi yang tidak mampu, janganlah bersedih hati.. pemberian duit raya bukanlah satu kewajipan melainkan hanya satu adat yang diraikan, masih banyak lagi amalan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim antara kita dan insan lain, insyaAllah,” katanya.

Total
0
Shares
Total
0
Share