Nak Duduk Kota Tapi Inginkan Suasana Tenang? Projek Perumahan Ni Untuk Anda. Dijangka Siap Tahun 2026! - The Reporter

Nak Duduk Kota Tapi Inginkan Suasana Tenang? Projek Perumahan Ni Untuk Anda. Dijangka Siap Tahun 2026!

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Membeli rumah merupakan salah satu keputusan terbesar dalam hidup, terutamanya jika ia adalah rumah pertama anda atau jika anda merancang untuk membesarkan keluarga.

Dengan segala keterujaan, anda pastinya mudah tergoda dengan tawaran yang kelihatan hebat pada pandangan pertama. Tapi, jangan buat keputusan impulsif! 

Apa yang benar-benar penting adalah keseimbangan antara lokasi strategik, ruang yang luas, dan gaya hidup yang berkualiti.

Curvo Residences, pembangunan terbaru dan ikonik dari SkyWorld, direka dengan misi untuk membawa keindahan alam semula jadi ke dalam kehidupan anda. Dengan elemen-elemen semula jadi yang mengelilingi kawasan ini, kediaman ini menawarkan pengalaman hidup yang membenamkan anda dalam keindahan alam liar yang tidak tercemar, mencipta gaya hidup harmoni yang menjaga kesejahteraan anda.

Jika anda bekerja di bandar dan inginkan kemudahan yang lengkap dan nyaman dikelilingi alam
Curvo Residences ialah permata tersembunyi di tengah-tengah Setapak, di mana anda boleh menikmati kehidupan impian!

1. Lokasi Strategik, Hanya 5KM dari Pusat Bandar Kuala Lumpur!

Lokasi adalah kunci utama membuat keputusan dan Curvo Residences berjaya memenuhi kriteria ini. Terletak di Setapak, hanya 5KM dari pusat bandar Kuala Lumpur yang sibuk, ia menawarkan keseimbangan sempurna antara keselesaan bandar dan ketenangan pinggir bandar.

Dengan akses mudah ke lebuh raya utama seperti Jalan Genting Klang, MRR2, DUKE, dan AKLEH, anda boleh berulang-alik tanpa perlu berdepan dengan kesesakan trafik yang memenatkan.

Pengangkutan awam juga merupakan kelebihan besar. Dengan LRT Wangsa Maju, LRT Sri Rampai, dan LRT Setiawangsa hanya beberapa minit dari kawasan kediaman, ditambah dengan laluan terbaru MRT Setapak (MRT 3), perjalanan ke tempat kerja atau keluar bersosial jadi lebih mudah dan pantas. 

Kemudahan lain yang berhampiran seperti Hospital Columbia, Hospital Kuala Lumpur Hospital KPJ Tawakkal dan universiti, TARUMT. Selain itu, ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Setapak Central Mall, Wangsa Walk Mall, dan Melawati Mall.

Tak perlu lagi hadapi perjalanan panjang setiap hari, kehidupan di sini pasti membuatkan anda sentiasa dekat dengan semua yang anda perlukan!

2. Semi-D di Udara: Ruang Luas, Sempurna untuk Keluarga

Pernah impikan mempunyai keselesaan dan keluasan rumah Semi-D, tetapi dalam bentuk kondominium? Curvo Residences menawarkan impian itu. Dengan unit yang mempunyai keluasan 952-1,345 kaki persegi dengan 3-4 bilik tidur dan 2-3 bilik mandi.



Ini ialah ruang yang ideal untuk keluarga yang sedang berkembang. Dari bahagian hadapan yang luas hingga ke balkoni besar, setiap bilik mampu menempatkan katil bersaiz queen. Luas kan?

Setiap unit juga direka dengan teliti untuk memaksimumkan ruang, dengan tambahan bilik utiliti dan orientasi utara-selatan yang memastikan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang baik. 

3. Syurga Kehijauan di Tengah Kehidupan Bandar

Tinggal di bandar tidak semestinya bermaksud anda harus mengabaikan alam semula jadi. Curvo Residences menawarkan sekeping kehijauan yang jarang ditemui di tengah-tengah bandar.

Dengan Nature Rhythm Park, Forest Jog Trail,  laluan basikal dan lebih 50 fasiliti, ia sangat sesuai untuk penduduk bandar yang mahu bernafas udara segar tanpa perlu keluar jauh dari kota.

Bayangkan memulakan hari anda dengan berjoging di kawasan hijau atau berbasikal santai pada hujung minggu bersama anak-anak- semuanya dalam kawasan kediaman anda. 

Tambahan pula, dengan pensijilan GreenRE dan kepatuhan projek ini kepada piawaian QLASSIC, anda bukan sahaja membeli sebuah rumah, tetapi juga gaya hidup lestari yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda.

Daftar Sekarang & Miliki Rumah Impian Anda di Curvo Residences

Curvo Residences memberikan gabungan yang harmoni antara kehidupan bandar moden dengan sentuhan alam semula jadi, menjadikannya pilihan ideal untuk pemilik rumah pertama dan keluarga. 

Berminat dengan projek perumahan ni? Anda boleh hubungi (03) 9212-3116 untuk maklumat lanjut atau layari laman web SkyWorld untuk membuat janji temu untuk lawatan ke SkyWorld Gallery @ Setapak.

Unit adalah terhad dengan tawaran rumah bermula RM570K*, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat keputusan memiliki kediaman impian di Curvo Residences .

*Tertakluk terma & syarat.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!