Nadia Brian cari lelaki solat & soft spoken, tapi dikecam netizen | The Reporter

Nadia Brian cari lelaki solat & soft spoken, tapi dikecam netizen

Nadia Brian bergaya anggun dalam gaun merah, tampil elegan dengan solekan kemas
Nadia Brian jadi perhatian selepas kongsi ciri lelaki idaman di Threads

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Nadia Brian mencuri perhatian ramai selepas berkongsi hajatnya untuk bertemu lelaki bujang yang menepati ciri-ciri tertentu, antaranya solat, tinggi daripadanya, bijak, berkerjaya dan ‘soft spoken’.

Hantaran yang dimuat naik di Threads itu pantas tular dan menerima pelbagai reaksi balas netizen.

Namun, tak semua memberi reaksi positif. Ada yang menyindir Nadia dengan mengatakan dia mungkin tidak berada dalam ‘senarai’ lelaki-lelaki seperti yang dicari. Malah, sesetengah pengguna media sosial menasihatkan Nadia agar berubah terlebih dahulu sebelum mencari pasangan ideal.

“Mungkin lelaki yang solat tak nak wanita berpakaian tapi telanjang,” tulis seorang netizen.

“Ada, tapi awak dalam circle yang salah,” kata seorang lagi.

“Saya nak perempuan bertudung, hahaha,” usik netizen lain.

Nadia pilih diam, enggan panjangkan isu

Memetik laporan portal Gempak, Nadia memaklumkan dia tidak mahu mengulas lanjut dan memilih untuk berdoa, apatah lagi ia berlaku pada Hari Arafah. Katanya, hanya Allah yang tahu isi hatinya dan dia berharap agar diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Saya bukan insan sempurna, ya saya belum bertudung, tapi mana tahu suatu hari nanti. Amin,” jelasnya.

Nadia juga menyatakan, tiada sesiapa yang berhak mempertikaikan doa seseorang, walaupun orang itu pernah melakukan dosa.

“Tak salah nak doa benda baik, walaupun kita ni pembunuh. Siapa kita nak tentukan doa orang tu layak atau tidak?” katanya.

Kenapa netizen kecam Nadia Brian?

Permintaan Nadia mungkin kelihatan biasa, tetapi ia membuka perdebatan tentang ‘standard’ mencari pasangan dalam kalangan selebriti dan jangkaan masyarakat terhadap wanita yang belum bertudung.

Isu ini juga menimbulkan persoalan: patutkah wanita yang belum sempurna penampilan luaran ‘berimpian’ untuk memiliki lelaki soleh?

Ringkasan Berita:

• Nadia cari lelaki solat, soft spoken dan tinggi di Threads
• Netizen beri reaksi tajam, ada sindir dan nasihat untuk berubah dulu
• Nadia balas dengan doa dan akui bukan insan sempurna

Related Posts