Nabila Huda 'tak kenal' siapa Nad Zainal, Sharifah Sakinah minta jumpa di alam lain - The Reporter

Nabila Huda ‘tak kenal’ siapa Nad Zainal, Sharifah Sakinah minta jumpa di alam lain

Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal baru-baru mencetuskan persoalan ramai apabila membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan rakan-rakan dalam industri.

Menerusi satu temubual bersama Official Hlive, Nad memaklumkan tumpuannya kini pada suami dan anak-anak dan tidak mempedulikan soal-soal remeh.

“Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari radar. Siapa ada, ada. Tak ada, sudah,” katanya.

Tambahnya lagi, kawan ini terlalu ‘high school’ dan dia mempunyai ramai lagi kawan yang masih berada di sekelilingnya.

Seakan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan seperjuangannya dulu, Nabila Huda meninggalkan satu komen yang membuatkan netizen tertanya-tanya dengan perhubungan mereka.

“Maaf tanya, siapa ni? Pelakon ke,” soal Nabila.

Menerusi satu temubual pula, Nabila seakan memberikan bayangan bahawa persahabatan mereka sudah mula retak. Malah, dia juga terkejut apabila mendapat tahu dia telah disekat oleh Nad Zainal di Instagram.

Selain daripada Nabila, Sharifah Sakinah juga antara selebriti yang meluahkan rasa yang sama, kecewa dengan sikap Nad Zainal.

Menerusi hantaran di Instagram, dia mula bertindak untuk memadam hantaran sebelumnya yang mendoakan kesembuhan Nad.

“Dah boleh delete la kot post ni. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar.

“Fikiran narcisis, kata-kata palsu dan bersikap menafikan akan jadi takdirmu,” tulisnya.

Sumber: Official Hlive, Sharifah Sakinah, HIBGlam

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!