'Nabi Ibrahim merupakan bapa bagi kebanyakan Nabi dan Rasul' - Pendakwah jelaskan mengapa nama Nabi Ibrahim disebutkan dalam tahiyat akhir - The Reporter

‘Nabi Ibrahim merupakan bapa bagi kebanyakan Nabi dan Rasul’ – Pendakwah jelaskan mengapa nama Nabi Ibrahim disebutkan dalam tahiyat akhir

Gambar hiasan

Rukun solat terbahagi kepada 13 rukun. Antara 13 rukun itu, bacaan tahiyat akhir yang mengandungi lafaz syahadah dan juga nama Nabi Ibrahim disertakan dalam bacaan tersebut. Kebanyakan dari kita hanya melafazkan tahiyat tersebut tanpa mengetahui makna tersurat dan tersirat di sebalik sebutan tersebut.

Menurut seorang pendakwah, nama Nabi Ibrahim disebut kerana Nabi Ibrahim merupakan bapa bagi kebanyakan para Nabi dan juga para Rasul.

@azlina_mos

@🖤 𝓐𝔃𝓵𝓲𝓷𝓪_𝓜𝓲𝔃𝓷𝓪 🖤:yg Yg berminat nak belajar bahasa arab al-quran & fahami maksud bacaan solat dgn mudah, boleh follow @bahasa arab kaedah PUSAR #SharingByAzlinaMos #nabiibrahim #tahiyyat #selawatibrahimiyyah #KaedahPusar #UstazKhairolAkmar

♬ original sound – 🖤 𝓐𝔃𝓵𝓲𝓷𝓪_𝓜𝓲𝔃𝓷𝓪 🖤 – 🖤 𝓐𝔃𝓵𝓲𝓷𝓪_𝓜𝓲𝔃𝓷𝓪 🖤

“Kita sedia maklum Nabi Ibrahim memiliki dua cahaya mata, Nabi Ismail dan juga Nabi Ishak. Daripada dua individu ini munculnya Nabi-Nabi seperti Nabi Musa, Nabi Yaacob, Nabi Yusuf, Nabi Isa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli.

“Itu kita sedia maklum keturunan Nabi Allah, Ishak a.s.

“Dan yang paling terkemuka sekali adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim yang datang daripada Nabi Ismail a.s. Jadi kerana itu lah nama Nabi Ibrahim disebut dan dibacakan dalam ayat,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa sebutan itu juga kerana doa Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.

“Yang kedua adalah kerana Allah memakbulkan doa Nabi Ibrahim tu sendiri seperti dalam surah Asy-Syu’ara’ ayat ke 84 yang bermaksud Nabi Ibrahim ni minta kepada Allah ‘Ya Allah, jadikan lah padaku ini sebutan yang baik-baik pada mulut orang yang akan datang di kemudian hari.

Jelasnya lagi, ketika peristiwa Israk Mikraj berlaku, Nabi Ibrahim telah menyampaikan pesanan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

“Ketiga, dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Ibrahim sampaikan pesanan kepada Nabi Muhammad ‘tolong sampaikan salam ku kepada umat mu.’ Kerana itu lah kita menyebut nama Nabi Ibrahim dalam tahiyat kita,” katanya.

Sumber: Azlina_Mizna

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!