Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita bernama Syiqin Nazri terpaksa menanggung kerugian besar apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diparkir elok dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian yang tidak diduga.
Insiden berlaku apabila pemilik kereta terbabit, seorang lelaki warga emas, cuba menolak kenderaannya dari tingkat atas parkir menuruni laluan cerun untuk menghidupkan bateri yang rosak. Namun, kenderaan itu hilang kawalan sebelum merempuh kereta Syiqin yang berada di tingkat bawah.
Tak dapat tuntut insurans pelaku
Syiqin berkata, kereta tersebut sudah tiga tahun digunakan dan banyak diubah suai hasil usaha dan simpanannya sendiri. Akibat perlanggaran itu, kenderaannya mengalami kerosakan teruk dan dijangka mengambil masa sehingga tiga bulan untuk siap dibaiki.
Apa yang lebih membebankan, tuntutan insurans terhadap pemilik kenderaan terbabit tidak dapat dibuat. Syiqin tidak mempunyai pilihan selain menggunakan insurans sendiri untuk menampung kos pembaikan.
“Remuk hati saya. Bukan sehari dua kumpul duit nak beli kereta. Kerja macam orang gila sebab nak modified kereta, tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup rehat, selalu tak sihat. Jaga kereta macam jaga nyawa sendiri. Tapi atas sebab kecuaian orang lain, nak mula balik? Dah tak ada rasa.
“Saya boleh terima kalau saya yang buat. Tetapi saya tak boleh terima atas kesalahan orang lain dan saya pula yang kena tanggung. Ye betul ujian. Saya perlukan masa untuk menerima semua ini. Kalau buat laporan sekali lagi dengan rakaman CCTV, naya pakcik ini. Tapi saya masih ada rasa belas kasihan.”
Tak mampu beli bateri kereta
Rakaman CCTV kejadian hanya diperoleh selepas tiga hari dan digunakan sebagai bukti laporan polis.
“Tiga hari selepas kejadian baru dapat rakaman CCTV dari pihak pengurusan dan buat laporan polis. Kalau tengok dari CCTV, memang pakcik itu salah sebab buat kerja tanpa fikirkan ksannya.
“Kereta pakcik itu, baterinya rosak. Dia tak ada duit nak beli bateri kereta. Dia nak hidupkan kereta dengan cara tolak. Kenapa kena tolak di cerun tu juga tanpa bantuan orang lain? Akhirnya menyuashkan orang lain.
“Sudahlah bukan salah saya. Kereta saya diparkir elok-elok pun kena langgar. Lepas tu tak boleh nak claim insurans pakcik tu, saya kena claim insurans sendiri. Memang betul-betul saya diuji, tak tahu la, tak kuat rasanya.
“Betul pakcik, ini memang harta dunia. Tetapi bukan sehari dua saya kumpul duit untuk beli kereta. Bukan sehari dua saya kerja untuk beli apa yang saya nak dan modified macam yang saya nak. Beribu ringgit telah dihabiskan.
“Memang nampak macam tak dapat menerima takdir. Cuba duduk di tempat saya dulu, boleh terima ke tidak. Saya nak pergi ke tempat ini pun dah trauma.”
Kejadian ini turut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib Syiqin dan berharap urusan pembaikan serta tuntutan insuransnya dipermudahkan.








