Seorang murid prasekolah yang cedera di bahagian kepala selepas terjatuh di tapak perhimpunan sekolah pada 11 Ogos lalu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas menjalani pembedahan selama lebih tujuh jam bagi mengeluarkan pendarahan.
Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 6.45 petang ketika murid tersebut menemani ibunya, seorang cikgu prasekolah, yang sedang membuat persiapan pentas bersama AJK PIBG untuk Program Sambutan Hari Lahir Peringkat Sekolah.
“Ketika bermain bersama rakan sebaya, murid berkenaan telah terjatuh. Keadaannya kelihatan normal tanpa kecederaan luaran sehingga malam, namun sekitar jam 2.00 pagi, murid didapati tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah. Pemeriksaan mendapati terdapat keretakan serta pendarahan di bahagian kepala dan pembedahan telah dilakukan pada 12 Ogos 2025,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga:
- Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis
- FINAS sahkan penamatan tayangan filem Konspirasi atas permintaan penerbit
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
Beliau turut mendoakan agar Aisyah Sofia diberikan kesembuhan sepenuhnya serta keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian tersebut.
Terdahulu, ibu kepada Aisya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya yang sedang bertarung nyawa selepas terjatuh dipecayai kerana telah ditolak oleh rakan sekolah.









