Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita merayu orang ramai agar menitipkan doa buat anaknya, Aisyah Sofia binti Rohaizan, yang kini bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita tersebut memaklumkan bahawa kejadian berlaku apabila anaknya didakwa ditolak jatuh oleh rakan sehingga menyebabkan tempurung kepala retak, berlaku pendarahan dalam kepala, dan tidak sedarkan diri.
“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama mendoakan anak saya. Saya tak tahu dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya redha dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi,” katanya.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
Beliau turut memohon agar anaknya diberi kesembuhan sepenuhnya dan dilindungi daripada sebarang komplikasi.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala. Semoga ada di antara kalian yang Allah angkat doanya. Amin,” tambahnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan buat Aisya Sofia dan berharap ibunya tabah menerima ujian berkenaan.








