'Murah sangat maruah kau' - Zed Zaidi bidas penyondol buka aib, huru harakan industri | The Reporter

‘Murah sangat maruah kau’ – Zed Zaidi bidas penyondol buka aib, huru harakan industri

Sumber gambar: IG Zed Zaidi, Kosmo! Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Netizen masih lagi hangat membawang tentang kes pelakon Aliff Aziz, susulan pendedahan tanpa henti daripada salah seorang kekasih gelapnya, Sarah Yasmine.

Namun, tidak kurang juga netizen yang mula meluahkan rasa muak dan bosan dengan kontroversi tersebut yang seperti tiada penghujungnya.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi yang menganggap tindakan Sarah itu hanya membuka aib sendiri.

Bangun pagi-pagi, buka je media sosial sana sini semua cerita pasal kau. Luar nampak Islam, tapi aqidah dia tak faham. Tatu di badan dianggap halal. Buka aib orang dianggap hebat. Buka aib sendiri, itu yang dibanggakan.

Mana maruah kau? Murah sangat maruah kau, sampai kau tak tahu malu. Kesian mak bapak kau,” katanya menerusi video di platform TikTok.

Netizen backup Sarah

Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertahankan Sarah dan menegaskan wanita berkenaan jujur dalam mendedahkan kebenaran yang berlaku, bukannya mengaibkan sesiapa.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa Zed Zaidi menyerang Sarah secara terbuka.

Zed Zaidi bidas netizen sokong penyondol

Membalas komen-komen netizen, Zed Zaidi menjelaskan dia tiada masalah dengan apa yang didedahkan oleh Sarah. Tetapi tindakannya menuding jari pada beberapa selebriti lain sehingga menghuru-harakan industri seni di negara ini.

“Aku kena fahamkan korang, bila dia dedahkan perkara itu, aku tak ada isu pasal perkara itu. Yang isunya, dia nak fokus pada satu topik, tiba-tiba (masuk) topik lain pula. Dia dedah sana, dedah sini, kaitkan dengan orang lain pula. Dia tuding sana sini semua itu artis-artis.

“Itu semua (artis Malaysia) di bawah tanggungjawab aku. Selepas dia tuding-tuding jari itu semua, huru hara terus aku punya industri. Jadi semuanya aku kena handle, kau ingat semua itu benda mudah ke? Sebab itulah kau kena faham empat dasar yang Seniman perjuangkan iaitu memperjuangkan, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia. Sebab itu aku ambil tanggungjawab ini.

“Yang korang tu, korang kata tak suka penyondol. Lepas tu, minah tu dedah sana sini, korang suka sebab dia jujur. Tapi korang tau tak, dia tu juga penyondol.

Jadi maknanya korang tak suka penyondol, dalam masa sama korang menyokong penyondol. I …. cannot brain lah,” katanya.

Related Posts