'Mungkin belum rezeki kita lagi' - Terkesan isu penipuan pakej umrah, Shuib dan Mamat ambil keputusan tarik diri - The Reporter

‘Mungkin belum rezeki kita lagi’ – Terkesan isu penipuan pakej umrah, Shuib dan Mamat ambil keputusan tarik diri

Sumber Gambar: Instagram Shuib

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan tular isu mengenai sebuah agensi pelancongan yang didakwa telah menipu pakej umrah, ramai mangsa yang mengeluh tentang nasib mereka yang terpalit dengan isu itu.

Beberapa pempengaruh dan juga selebriti dikatakan turut menjadi mangsa keadaan.

Tidak terkecuali, pelawak Shuib dan juga Mamat terpaksa menangguhkan impian dan hasrat mereka untuk menunaikan umrah yang dijangka pada bulan Ramadan nanti.

Bagaimanapun, Shuib percaya ada rezeki yang akan menanti mereka di kemudian hari.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shuib kelihatan memujuk Mamat yang seolah sedang bersedih menerima perkhabaran itu.

“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okay untuk berkerjasama tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul.

“Jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama travel agensi tersebut,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuib turut mengingatkan kepada agensi berkenaan agar tidak menggunakan wajah mereka lagi untuk sebarang promosi pakej umrah.

“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.

“Insya-Allah ade rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai, yang boleh bawa kita pergi umrah Mat,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!