Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sudah dibantu diberi pekerjaan, malah dibelikan tiket dan disediakan tempat tinggal, namun wanita ini tidak bersyukur dengan segala kemudahan yang diberi. Tergamak dia mengkhianati majikan yang memberikan layanan yang begitu baik kepadanya selama ini.
Zaman ini bukan mudah mencari kerja dan majikan yang menjaga kebajikan pekerjanya. Hargailah peluang pekerjaan yang diberi. Jangan dikhianati kepercayaan yang diberikan oleh majikan. Semoga memberi pengajaran kepada semua.
BILA mana kau nak membantu orang kampung yang tiada kelulusan dan tiada pekerjaan, ini balasannya pada kau.
Tetapi aku masih lagi beri muka sebab masa itu aku berada di Mekah. Memaafkan itu mulia sifatnya. Pencuri kembali berkerja seperti biasa.
Di masa hari penangkapan, dia campak kasut keluar dari tingkap tandas. Kebetulan masa itu ada staff lain lalu dan berasa pelik kenapa ada orang buat kotak kasuk keluar dari tingkap. Selepas kantoi, tunggu polis datang. Masa nak tangkap, dia gigit staff lelaki sampai bengkak. Sila rujuk gambar di bawah.
Kepada brand-brand owner yang lain, siasatlah pekerja anda. Latar belakang mereka perlu diketahui. Bayangkan baru kerja kurang dari tiga bulan tetapi ribuan ringgit telah masuk dalam akaun peribadinya.
Rintihan hati si penjual kasut, please share to everyone and make this as reminder.
Sumber: Ashhry Atan













