Muhyiddin selesai bayaran ganti rugi saman fitnah RM1.4 juta kepada Guan Eng - The Reporter

Muhyiddin selesai bayaran ganti rugi saman fitnah RM1.4 juta kepada Guan Eng

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah membayar ganti rugi sebanyak RM1.4 juta kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, berhubung kes saman fitnah berkaitan isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Pada 8 November 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan Muhyiddin perlu membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Guan Eng, bersama kos RM50,000, selepas Guan Eng berjaya membuktikan kesnya berdasarkan prinsip imbangan kebarangkalian.

Peguam Guan Eng, Guok Ngek Siok, mengesahkan pembayaran penuh diterima, di mana Muhyiddin mendepositkan RM1 juta ke dalam akaun firma guaman mereka pada 23 Januari 2025, selepas membayar RM400,000 pada Disember 2024.

Mahkamah memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi am kepada Guan Eng sebanyak RM1.05 juta, dan ganti rugi teruk serta teladan masing-masing berjumlah RM150,000.

Lim Guan Eng memfailkan saman pada 27 Mac 2023 terhadap Muhyiddin berhubung tiga kenyataan didakwa fitnah di Facebook mengenai isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary, yang diterbitkan di media pada 9, 11, dan 12 Mac 2023.

Kenyataan tersebut dituduh memberi gambaran bahawa Guan Eng menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan LHDN mengenakan cukai ke atas yayasan kebajikan itu secara tidak adil.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!