Mufti Besar Arab Saudi meninggal dunia | The Reporter

Mufti Besar Arab Saudi meninggal dunia

Gambar Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Gambar: Saudi Gazette

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Umat Islam di seluruh dunia kehilangan seorang tokoh ulama berpengaruh apabila Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh dilaporkan meninggal dunia pada 23 September 2025 pada usia 82 tahun.

Sheikh Abdulaziz yang dilantik sebagai Mufti Besar pada tahun 1999, turut memegang jawatan penting sebagai Pengerusi Majlis Ulama Senior Arab Saudi. Sepanjang lebih dua dekad, beliau dikenali sebagai rujukan utama dalam hal ehwal agama Islam, khususnya dalam soal fatwa dan bimbingan syariah.

Menurut pengumuman rasmi kerajaan Arab Saudi, solat jenazah Allahyarham dilaksanakan di Masjid Imam Turki bin Abdullah, Riyadh. Selain itu, solat jenazah ghaib turut diadakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi serta di seluruh masjid di Arab Saudi selepas solat Asar.

Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman turut menyampaikan ucapan takziah, mengiktiraf sumbangan besar Allahyarham terhadap dunia Islam.

Baca juga:

Pemergian Sheikh Abdulaziz meninggalkan legasi ilmu dan kepimpinan yang mendalam, bukan sahaja kepada masyarakat Arab Saudi tetapi juga kepada umat Islam di seluruh dunia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Saudi Gazette, Putera Mahkota Mohammed bin Salman menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham Mufti Besar, Sheikh Abdulaziz Al Al-Sheikh di Masjid Imam Turki bin Abdullah, Riyadh.

Sumber: Arab News, Saudi Gazette

Related Posts