Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pemilik akaun ‘Vijayan Savarinathan’ membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook milik beliau.
Individu berkenaan sebelum ini diburu polis kerana didapati telah menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.
“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya. Apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut,” katanya.
Dia juga mengakui berasa terkesan dan marah apabila melihat video yang merakamkan tindakan penyampai radio berkenaan.
“Sebab mereka (penyampai sebuah stesen radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, pihaknya sedang memburu individu berkenaan kerana menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau menerusi satu video yang tular di media sosial.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan menyatakan turut membuat laporan polis serta aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) berhubung isu berkenaan.








